
Ulasan Perlawanan Sri Pahang FC Melawan Terengganu FC
Pertembungan Liga Super Malaysia 2024/2025 pasukan Sri Pahang FC menerima kunjungan pasukan Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Termeloh pada malam ini
Ketua Jurulatih, Badrul Afzan akui bahawa pasukan tuan rumah mempunyai pemain-pemain yang berkualiti dan berpesan kepada anak-anak buahnya untuk tidak leka dan terus fokus bagi berusaha mendapatkan 3 mata penuh bagi perlawanan ini.
Sepak mula bagi perlawanan malam ini menunjukkan pasukan Terengganu FC mempunyai peluang awal bagi mendapatkan jaringan pertama seawal minit ke-2 apabila hantaran Nelson Bonilla kepada Akhyar Rashid berjaya membolosi penjaga gol, Zarif Irfan. Pasukan tuan rumah cuba mendapatkan jaringan penyamaan namum tidak berjaya selepas pasukan Terengganu FC terus menghukum pasukan tuan rumah selepas pemain Safawi Rasid berjaya mendapatkan jaringan yang kedua pada minit ke-19.
Pasukan Sri Pahang FC terus dihukum oleh pasukan Terengganu FC apabila pemain pertahanan Safwan Mazlan berjaya mendapatkan jaringan yang ketiga pada minit ke-27.
Pasukan tuan rumah terus berusaha bagi mendapatkan jaringan pertama dan berhasil apabila hantaran Kpah Sherman berjaya dijaringkan oleh pemain Sergio Aguero pada minit ke-39 dan tamat untuk separuh masa pertama dengan jaringan Sri Pahang FC (1) (3) Terengganu.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC terus memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah selepas beberapa percubaan yang dilakukan dan berjaya apabila hantaran Azam Azmi kepada Ismaheel Akinade mudah untuk menjaringakan gol keempat buat pasukan Terengganu FC pada minit ke-58.
Pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Syafik Ismail, Syahmi Zamri dan menggantikan Akhyar Rashid, Nelson Bonilla.
Percaturan yang dilakukan oleh pasukan Terengganu FC terus menjadi selepas pemain Manuel Ott berjaya mendapatkan jaringan yang seterusnya pada minit ke-88 dan sekaligus tamat permainan dengan pasukan Terengganu FC berjaya mengutip 3 mata penuh di Stadium Perbandaran Termeloh bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2025 dengan jaringan Sri Pahang FC (1) (5) Terengganu FC.