TERENGGANU FC BERSAMA PALESTIN

Sebagai salah sebuah kelab berpengaruh di Liga Malaysia, Terengganu FC mempunyai pengikut yang ramai terutama dari sudut bilangan penyokong yang mengikuti pasukan ini. Ianya adalah satu kelebihan untuk kelab ini untuk memastikan kelab mampu memberikan input positif untuk para penyokong pasukan ini dalam pelbagai sudut yang bukan sahaja berpaksikan sukan bola sepak.

Isu penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dilihat kian tenggelam sejak akhir-akhir ini dan jika mereka yang masih mengikuti tentang apa yang sedang berlaku disana, mereka sedar keadaan disana masih belum selamat dimana masih terdapat berita pembunuhan dan penindasan yang berlaku sehari-harian yang melibatkan rakyat Palestin. Terengganu FC amat menitik beratkan isu kemanusiaan ini dan sentiasa mengutuk sekeras-kerasnya perkara dan tindakan yang dliakukan keatas rakyat Palestin ini.

Bagi perlawanan Liga Super menentang Kuching City FC pada Jumaat ini, kelab ini mengajak para penyokong yang akan hadir ke stadium untuk membawa sama dan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda kita masih mengambil berat tentang apa yang berlaku di negara mereka dan seluruh keluarga besar Terengganu FC menentang segala jenis bentuk keganasan dan penindasan.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot