
Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Johor Darul Ta’zim
Pertembungan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia 2024/2025 pasukan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dimana Ketua Jurulatih Badrul
sentiasa berpesan kepada , pemain-pemain untuk bersedia dan fokus bagi menghadapi perlawanan malam ini apabila pemain JDT mempunyai kualiti pada setiap sudut dan tidak mudah untuk ditembusi.
Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan kedua-dua pasukan cuba mencari peluang dan jaringan awal sebagaimana Pasukan pelawat mempunyai beberapa peluang bagi mendapatkan jaringan dan berjaya selepas sepakan penjuru berjaya ditanduk masuk oleh penyerang Romel Morales pada minit ke 16. Satu peluang untuk pasukan Terengganu FC selepas hantaran Nurillo Tuktasinov berjaya tidak berjaya apabila diselamatkan oleh penjaga gol, Syihan Azmi.
Pasukan tuan rumah cuba merapatkan jurang untuk separuh masa pertama namum tidak berjaya dan tamat untuk separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (0) (1) JDT FC.
Memasukki separuh masa kedua pasukan pelawat cuba memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah namum tidak berjaya apabila pertahanan tuan rumah berjaya menghalang penyerang JDT FC bagi menembusi pertahanan Terengganu FC
Ketua Jurulatih, Badrul Afzan melakukan satu pertukaran pemain dengan membawa masuk Nelson Bonilla dan menggantikan Engku Shakir. Seterusnya Pasukan JDT FC mempunyai peluang keemasan selepas rembatan Arif Aiman berjaya menewaskan penjaga gol Rahadi Azli sekaligus memberi dua jaringan untuk pasukan pelawat. Pasukan tuan rumah terus dihukum selepas kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Terengganu FC dan memberikan Arif Aiman jaringan kedua buat beliau pada minit ke 84 dan memberi gol keselesaan buat pasukan pelawat.
Pasukan Terengganu FC terus berusaha bagi mendapatkan jaringan namum tidak berjaya apabila Penyerang JDT FC, Begson Da Silva memberi gol keempat pada masa tambahan sekaligus memberikan jaringan Terengganu FC (4) (0) Terengganu FC bagi aksi Unifi Piala Malaysia 2024/2025.