Ulasan Perlawanan Shan United FC Melawan Terengganu FC

Asean Club Championship Shopee Cup 2024/2025 pasukan Terengganu FC bertandang di Stadium Bolasepak Twuwunna Yangon, Myanmar bagi menentang pasukan Shan United FC peringkat kumpulan apabila hanya satu mata berjaya dikutip oleh pasukan Terengganu FC untuk dua perlawanan.

Ketua Jurulatih Badrul Adzan memberi kepercayaan dan menegaskan kepada anak buahnya bagi meneruskan misi wajib tiga mata di Yangon, Myanmar walaupun akur dengan keputusan dan peraturan Negara Myanmar selepas pemain import Ismaheel Akinade dan Nnabuike tidak dapat diturunkan bagi perlawanan menentang Shan United FC.

Sepak mula perlawanan pada ptg ini menunjukkan pasukan Terengganu FC cuba menyusun atur perlawanan bagi mendapatkan peluang jaringan awal selepas Sharul Nizam dikasari didalam kotak penalti dan berjaya disudahi oleh Ketua Pasukan, Safawi Rasid pada minit 10.
Pasukan tuan rumah cuba mendapatkan gol penyamaan namum tidak berjaya selepas sekali lagi pasukan tuan rumah dihukum oleh pasukan Terengganu FC selepas hantaran Engku Shakir kepada Mannuel Ott mudah untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-27.

Pasukan Terengganu FC terus memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah selepas larian Engku Shakir dihalang dan dikasari didalam kotak penalti oleh pertahanan Shan United FC sekaligus pengadil perlawanan menghadiahi sepakan penalti kedua dan menghukum pertahanan dengan mengenakan kad merah. Sepakan ini disudahi okeh pemain Akhyar Rashid menjadikan jaringan Shan United FC (0) (3) Terengganu FC bagi aksi separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 orang selepas pertahanan Shah United FC menerima kad merah sewaktu separuh masa pertama. Pasukan Terengganu FC terus selesa dengan jaringan seterusnya apabila hantaran Akhyar Rashid kepada Manuel Ott dan mudah untuk menjaringkan gol kedua beliau dan jaringan keempat buat pasukan Terengganu FC.

Pasukan Terenngganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Muhammad Ubaidillah, Nik Sharif dan menggantikan Akram Mahinan, Engku Shakir. Penggantian yang dilakukan oleh Ketua Jurulatih, Badrul Afzan menjadi selepas larian Nik Sharif berjaya memasukki ke dalam kotak penalti dan memberi peluang kepada Akhyar Rashid untuk menjaringkan gol seterusnya pada minit ke-70. Sererusnya pasukan Terengganu FC membuat tiga pertukaran pemain lagi dengan membawa masuk Hakim Hassan, Syahmi Zamri, Hairiey Hakim, dan mengeluarkan Akhyar Rashid, Nurillo Tuktasinov, Safwan Mazlan.

Pasukan tuan rumah terpaksa akur selepas pemain Shan United FC telah menerima hukuman kedua oleh pengadil perlawanan dan dilayangkan kad merah kedua buat pasukan itu selepas mengasari pemain, Safawi Rasid. Pasukan tuan rumah sekali lagi menerima bebanan selepas terpaksa bermain dengan 9 orang dan tamat perlawanan bagi aksi Asean Club Championship Shopee Cup 2024/2025 dengan jaringan Shan United FC (0) (5) Terengganu FC.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot