Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Negeri Sembilan FC

Pertembungan suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia 2024/2025 di antara pasukan Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Abidin memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah apabila berbekal dua jaringan selepas berjaya menundukkan pasukan Negeri Sembilan FC bagi aksi suku akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Ketua Jurulatih Badrul Afzan tidak memikirkan kelebihan dua jaringan tempat lawan namum sentiasa mengingatkan kepada anak buahnya sentiasa berwaspada dan tidak mudah untuk memberi ruang kepada pihak lawan. Bagi tonggak utama Badrul Afzan sekali lagi mengekalkan pemain-pemain yang sebelum ini ketika bertemu aksi suku akhir pertama.

Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan tuan rumah memberi tekanan awal kepada pasukan pelawat selepas peluang dan rembatan Safawi Rasid sedikit melewati palang. Seterusnya pasukan Negeri Sembilan FC cuba melancarkan satu serangan dengan larian solo oleh Jacque Faye dan dikasari didalam kotak penalti dan mendapatkan jaringan pertama pada minit 24’ dengan sepakan penalti. Seterusnya pasukan tuan rumah terus dihukum selepas beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pemain Terengganu FC dan membawa padah selepas rembatan Selvan berjaya mendapatkan jaringan kedua. Pasukan tuan rumah tidak mudah mengalah apabila larian dan hantaran Ismaheel Akinade berjaya memberikan jaringan pertama kepada Akhyar Rashid pada minit 41. Enam minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan telah memberi jaringan penting aobila hantaran Akhyar Rashid kepada Safawi Rasid mudah untuk menjaringan gol kedua buat pasukan tuan rumah dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (2)2 (2)0 Negeri Sembilan FC.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran pemain dengan membawa masuk Engku Shakir selepas Manuel Ott mengalami kecederaan. Pasukan pelawat terus diberi tekanan selepas kemasukkan Engku Shakir selepas rembatan kencang beliau dinafikan oleh tiang gol. Seterusnya percaturan Badrul Afzan dengan membawa masuk dua pemain Nelson Bonilla, Ubadillah dan menggantikan Ismaheel Akinade, Akram Mahinan.

Percaturan yang dilakukan oleh Ketua Jurulatih tuan rumah menjadi selepas larian Nelson Bonilla berjaya memberi jaringan yang ketiga buat pasukan Terengganu FC apabila mudah untuk Azam Azmi menjaringkan gol pada minit-81. Pertukaran terakhir pemain Argzim Redzovic, Syahmi Zamri dan menggantikan Safwan Mazlan, Safawi Rasid dan 5’ minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan memberi peluang terakhir buat pasukan Terengganu FC selepas sepakan penalti yang dihadiahi oleh pengadil perlawanan mudah untuk Sharul Nizam dan tamat perlawanan dengan jaringan Terengganu FC 4(6) (2) 2 Negeri Sembilan FC sekaligus memberi pasukan Terengganu FC melayakkan diri untuk separuh akhir Unifi Piala Piala Malaysia 2024/2025

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor