Ulasan Perlawanan Kuala Lumpur City FC Melawan Terengganu FC

Liga Super Malaysia 2024/2025 Kuala Lumpur City FC selaku tuan rumah bagi menghadapi pasukan pelawat, Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.
Ketua Jurulatih Pasukan Terengganu FC semestinya meletakkan kepercayaan kepada anak buahnya pada malam ini bagi mendapatkan mata penting untuk menjadikan kedudukan yang terbaik bagi Liga Super Malaysia. Pemain seperti Steenvoorden dan Syed Nasrulhaq tidak dapat bersama dengan pasukan pada malam ini dan diberi kepercayaan kepada Suhaimi Husin dan Ubaidillah memasukki skuad utama.

Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan kedua-dua pasukan cuba mendapatkan jaringan awal dan mencari peluang selepas hantRan Ubaidillah Kepada Akinade berjaya dihalang oleh pertahanan KL City FC. Seterusnya pasukan tuah rumah mempunyai peluang apabila larian dan rembatan Haqimi Azim tersasar. 15 Minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan pasukan Terengganu FC berjaya membolosi pasukan tuan rumah selepas hantaran Azam Azmi kepada Manuel Ott memberi jaringan yang pertama buat pasukan Terengganu FC dan tamat perlawanan.

Memasukki separuh masa kedua pasukan tuan mengatur perlawanan bagi mendapatkan peluang namum tidak berjaya selepas pasukan Terengganu FC terus memberi tekanan kepada tuan rumah. Seterusnya pasukan tuan rumah terus dihukum oleh Pasukan Terengganu FC, selepas sepakan percuma oleh Safawi Rasid menjadi dan memberikan jaringan kedua buat pasukan Terengganu FC pada minit ke 69. Ketua Jurulatih Tomislav SteinbrΓΌckner membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Hakim Hassan dan mengeluarkan Akhyar Rashid. Sekali lagi Terengganu FC telah membuat pertukaran akhir dengan membawa masuk semua pemain Nik Sharif, Engku Shakir, Alif Zakaria , Marin Pilj dan menggantikan pemain Safawi Rasid, Manuel Ott, Ubaidillah, Akram Mahinan. 5 minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan memaksa pasukan tuan rumah tewas dihalaman sendiri dengan jaringan KL city FC (0) (2) Terengganu FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2025.