Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Negeri Sembilan FC

Perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 diantara pasukan Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menunjukkan pasukan tuan rumah melakukan beberapa perubahan kepada pemain utama selepas Penyerang Akinade mengalami kecederaan. Sementara itu Akram Mahinan,Nik Sharif dan Faris Rizqi juga diberi peluang untuk menjadi tonggak utama dan percaturan oleh ketua jurulatih Tomislav SteinbrΓΌckner.

Sepak mula perlawanan pada malam ini memberi pasukan tuan rumah peluang awal dan melakukan beberapa percubaan namum tidak berjaya selepas dinafikan oleh penjaga gol pasukan pelawat,Muhammad Aqil. Pasukan pelawat cuba mencari peluang untuk gol pertama dan berjaya selepas hantaran Takumi Sasaki berjaya ditanduk masuk oleh pemain import Miguel Martinez pada minit ke 15’. Pasukan Terengganu FC cuba menyamakan kedudukan dan berjaya selepas dua minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan memberi peluang kepada Safawi Rasid menjaringkan gol dengan sepakan percuma dan tamat untuk separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (1) (1) Negeri Sembilan FC.

Memasukki separuh masa kedua Ketua Jurulatih Tomislav steinbrΓΌckner membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Nurillo dan Nnabuike bagi menggantikan Akram Mahinan dan Nik Sharif. Percaturan yang dilakukan oleh Tomislav berjaya selepas hantaran Akhyar kepada Nnabuike menanduk masuk sekaligus menewaskan penjaga gol pasukan Negeri Sembilan FC pada minit 49. Pasukan pelawat tidak mudah mengalah selepas kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Terengganu FC memberi peluang kepada penyerang Jaque Faye untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 52.

Pasukan tuan rumah cuba bangkit bagi mendapatkan jaringan dan peluang seterusnya berjaya apabila hantaran Marin Pilj kepada Akhyar Rashid mudah untuk menjaringkan gol ketiga buat pasukan Terengganu FC. Tomislav steinbrΓΌckner membuat satu lagi pertukaran pemain dengan membawa masuk Hakim Hassan dan mengeluarkan Safawi Rasid. Bagi pertukaran terakhir tuan rumah membuat pertukaran pemain dengan membawa masuk Engku Shakir dan mengeluarkan Manuel Ott. Pasukan pelawat cuba mencari peluang bagi menyamakan kedudukan namum tidak berjaya sekaligus memberi pasukan tuan rumah menundukkan pasukan Negeri Sembilan FC dengan Jaringan Terengganu FC (3) (2) Negeri Sembilan FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2025.