Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Selangor FC

Pertembungan Piala FA 2024/2025 pasukan Terengganu FC menentang Selangor FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam ini selepas pasukan Terengganu FC berjaya menundukkan pasukan Sabah FC bagi aksi suku akhir dengan jaringan Terengganu FC (7) (0) Sabah FC. Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbrückner mengekalkan skuad utama pada malam ini bagi berdepan skuad Selangor FC dan semestinya mahu pemain-pemain mengekalkan momentum perlawanan dan untuk terus fokus.

Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan kedua-dua pasukan bekerja keras untuk mendapatkan jaringan awal dan peluang pasukan pelawat dimiliki namum dinafikan oleh penjaga gol, Syed Nasrulhaq. Pasukan tuan rumah berpeluang untuk mendapatkan jaringan pertama oleh Safawi Rasid selepas sepakan percuma oleh beliau mudah mengatasi penjaga gol, Somerville pada minit ke 30’. Seterusnya pasukan Terengganu FC terus menghukum pasukan pelawat selepas rembatan jarak jauh Nurillo Tuktasinov memberi jaringan kedua pada minit 35’. Pasukan Selangor FC cuba bangkit dengan mendapatkan jaringan pertama dan berjaya apabila hantaran ke tengah memberi Alvin Fortes menjaringkan gol pada minit ke 38’ dan tamat untuk separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (2) (1) Selangor FC.

Memasukki separuh masa kedua pasukan pelawat cuba merapatkan jurang dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke -47’ oleh Noor Alrawabdeh. Pasukan tuan rumah cuba bangkit mencari jaringan penting dan berjaya selepas hantaran Nurillo kepada Akinade yang menanduk masuk pada minit ke-69. Ketua jurulatih, Tomislav steinbrückner membuat tiga pertukaran pemain dengan membawa masuk Hakim Hassan, Syahmi Zamri,Ubaidillah dan mengeluarkan Safawi Rashid, Akhyar Rasid, Alif Zakaria. 4 minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan memberi keputusan dengan jaringan Terengganu FC (3) (2) Selangor FC bagi aksi Piala FA 2024/2025.