Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Sabah FC

Suku akhir pertama di antara pasukan Terengganu FC menentang Sabah FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, menunjukkan pasukan Terengganu FC bermain tanpa ketua jurulatih, Tomislav Steinbrückner selepas dijangkiti COVID-19 dan tempoh kuarantin. Badrul Afzan selaku penolong jurulatih diberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan utama pada malam ini bagi menghadapi pasukan Sabah FC. Beliau semestinya memberi kepercayaan kepada semua pemain-pemain utama dan mengekalkan posisi selepas Azam Azmi dan Syed Nasrulhaq menjadi tonggak utama pada malam ini.

Sepak mula perlawanan pada malam ini untuk kedua-dua pasukan cuba memerhati dan mencari peluang bagi mendapatkan jaringan awal berjaya buat pasukan tuan rumah selepas hantaran satu dua daripada Safawi Rasid kepada Manuel Ott menjaringakan gol pertama buat pasukan Terengganu FC pada minit ke-9. Pasukan Sabah FC cuba mendapatkan jaringan untuk separuh masa pertama bagi merapatkan jurang namun tidak berjaya selepas peluang yang dimiliki disia-siakan oleh penyerang Sabah FC. Pasukan Sabah FC terus dihukum oleh pasukan tuan rumah selepas Manuel Ott berjaya membawa ke dalam kotak penalti dan disudahi oleh penyerang Ismaheel Akinade pada minit 36’. Sebelum tamat perlawanan pasukan Terengganu FC terus selesa apabila peluang dan rembatan Marin Pilj pada minit 42’ memberi jaringan yang ketiga. Tiga minit masa tambahan pasukan tuan rumah tidak mensia-siakan peluang selepas Ismaheel Akinade menjaringkan gol keempat dan tamat perlawanan untuk separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (4) (0) Sabah FC.

Memasukki separuh masa kedua pasukan tuan rumah berusaha bagi mendapatkan jaringan dan cuba melakukan serangan namun tidak berjaya apabila pertahanan Terengganu FC mempunyai disiplin yang cukup kemas. Terengganu FC membuat pertukaran pertama dengan membawa masuk Nnabuike Chijioke dan menggantikan Ismaheel Akinade. Seterusnya pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Akram Mahinan, Hakim Hassan dan mengeluarkan Marin Pilj, Akhyar Rashid. Pasukan Terengganu FC membuat beberapa percubaan yang bahaya selepas Azam Azmi dan Nurillo Tuktasinov dapat diselamatkan oleh penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che mat dan memberi pasukan tuan rumah berjaya meraih kemenangan bagi aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 dengan jaringan Terengganu FC (4) (0) Sabah FC.