Ulasan Perlawanan Kuching City FC Melawan Terengganu FC

Aksi Liga Super Malaysia pertambungan antara Pasukan Kuching City FC dan Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching perlawanan yang ke-4 menunjukkan pasukan Terengganu FC mengekalkan empat pemain import iaitu Nurillo Tuktasinov, Ismaheel Akinade, Marin Pilj dan Manuel Ott juga bagi pemain lokal mengekalkan barisan pertahanan dengan menggunakan pemain-pemain lokal seperti Shahrul Nizam, Ubaidullah, Alif Zakaria dan Safwan Mazlan selepas Steenvorden tidak dapat bersama kerana mengalami kecederaan. Ketua Jurulatih Tomislav Steinbrückner semestinya memberi kepercayaan kepada kesebelasan utama ini bagi bertemu dengan pasukan tuan rumah untuk aksi Liga Super Malaysia.

Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan kedua-dua pasukan cuba mencari peluang awal bagi pendahuluan jaringan selepas Kuching City FC mempunyai satu peluang awal namum dinafikan oleh penjaga gol, Suhaimi Husin. Pasukan tuan rumah terus memberi tekanan kepada pasukan Terengganu FC selepas percubaan hantaran tengah ke dalam kotak penalti tidak berjaya disudahi oleh pasukan Kuching City FC. Pasukan Terengganu FC cuba menembusi gawang pasukan tuan rumah namum tidak berjaya selepas pertahanan tuan rumah menafikan peluang tersebut dan tamat perlawanan separuh masa pertama dengan jaringan seri Kuching City FC (0) (0) Terengganu FC.

Memasukki separuh masa kedua Ketua Jurulatih, Tomislav steinbrückner membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Azam Azmi dan mengeluarkan Sahrul Nizam. Seterusnya Terengganu FC terus cuba mencari peluang dan berjaya selepas larian Ismaheel Akinade dihalang oleh pertahanan tuan rumah dan pengadil perlawanan memberi sepakan penalti kepada pasukan Terengganu FC sekaligus disudahi oleh Safawi Rasid pada minit ke 50. Terengganu FC membuat pertukaran dengan membawa masuk Syafik Ismail, Akram Mahinan dan mengeluarkan Safawi Rasid, Manuell Ott. Pasukan Kuching City FC cuba mencari peluang dan gol penyamaan pada saat akhir dan berjaya apabila sepakan percuma memberi peluang untuk gol penyamaan pada minit ke 80 dan sekaligus tamat perlawanan dengan memberi jaringan seri Kuching City FC (1) (1) Terengganu FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2025.