Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Perak FC

Perlawanan Piala FA 2024, di antara pasukan Terengganu FC bertemu dengan pasukan Perak FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan perlawanan kalah mati bagi pusingan 16 pasukan terkahir. Ketua Jurulatih Tomislav Steinbrückner pada malam ini mengekalkan pemain-pemain yang sebelum ini dan buat kali pertama memberi kepercayaan kepada penjaga gol, Suhaimi Hussin.

Sepak mula perlawanan pada malam ini memberi keselesaan kepada pasukan pelawat pada minit ke 5’ selepas peluang awal dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Terengganu FC berjaya Luiz Henrique menjaringkan gol pertama. Pasukan Terengganu FC cuba mencari peluang untuk gol penyamaan namun tidak berjaya selepas pertahanan pasukan perak komited menjaga penyerang Terengganu FC. Seterusnya peluang terhidang buat pasukan Terengganu FC pada minit ke-34 selepas Manuel Ott dikasari oleh pemain Perak dan berjaya disudahi oleh Safawi Rasid. Seterusnya Terengganu FC terus memberi tekanan kepada pasukan pelawat selepas pemain import Marin Pilj berjaya merembat kencang dan menjaringkan gol kedua buat pasukan Terengganu FC dan tamat perlawanan untuk separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (2) (1) Perak FC.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Perak FC cuba mengasak pasukan tuan rumah untuk mencari gol penyamaan dan terhalang selepas beberapa peluang terhidang dinafikan oleh pertahanan Terengganu FC. Pasukan tuan rumah membuat tiga pertukaran dengan membawa masuk Nik Sharif, Engku Shakir, Hakim Hassan dan mengeluarkan Akhyar Rashid, Ismaheel Akinade, Manuel Ott. Dengan mempunyai satu lebihan jaringan Terengganu FC telah melakukan satu lagi pertukaran dengan membawa masuk Syahmi Zamri, Azam Azmi dan mengeluarkan Safawi Rasid,Alif Zakaria dan menjadikan pasukan Terengganu FC layak ke suku akhir bagi saingan Piala FA 2024 dengan jaringan Terengganu FC (2) (1) Perak FC.