TERENGGANU FOOTBALL CLUB & RIMBA RAZIA JALIN KERJASAMA PENAJAAN MUSIM 2024/2025

Rimba Razia yang berkeluasan  lebih satu hektar ini telah ditubuhkan pada 5 Oktober 2020 dan telah menerima seramai 90,000 pengunjung sejak dibuka kepada pengunjung pada 15 Julai 2023 lalu.Dibuka setiap hari pada jam 10.00 Pagi sehingga 6.00 Petang, bertempat di Kampung Dusun, Hulu Terengganu yang berkonsepkan petting zoo ini telah menjadi tarikan baharu di Kuala Berang, kepada pengunjung-pengunjung yang semestinya dapat berinteraksi secara dekat termasuk memberi makan kepada haiwan.

Keistimewaan di Zoo Rimba Razia juga mempunyai haiwan-haiwan yang ada sangat rare dan exotic, dan dimaklumkan terdapat sebanyak lebih kurang 400 ekor haiwan daripada 125 jenis spesis dan kebanyakan haiwan ini dibeli dari luar negara seperti di Eropah, Jepun dan Thailand.

Mengunjungi zoo seperti Rimba Razia ini akan memberi pengalaman
emosi, menanamkan ke dalam diri pengunjung dengan rasa hormat dan
mengalami sendiri keajaiban kepada haiwan ciptaan Allah SWT, apa lagi
haiwan-haiwan yang datang dari luar negara yang Rimba Razia tawarkan
yang kita sukar untuk melihatnya.

Di Rimba Razia, Rimba Razia juga menyediakan pakej pelancongan dan
rekreasi yang lain seperti,Latihan dan pertandingan paintball, Berbasikal menikmati alam sekitar Kampung Dusun,Aktiviti air Sungai Hulu Terengganu, Berkereta lasak seperti ATV
Dan lain-lain. Semuanya ini merupakan pakej untuk memberi keseronokan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di Rimba Razia. Selain itu pihak Rimba Razia juga menyediakan cafeteria untuk makan-makan dan juga gerai-gerai cenderahati.

*Foto Sekitar Majlis Perasmian Pembukaan RIMBA RAZIA

 

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot