KENALI PENAJA TERBARU TERENGGANU FC : HIJRAA MANAGEMENT SDN BHD
HIJRAA MANAGEMENT SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengurus dan menjalankan konsultansi serta bimbingan kepada seluruh rangkaian cawangan Hijraa di seluruh negara. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam pertama kali ditubuhkan di daerah Kuala Nerus, Terengganu pada tanggal 29 September 2016 dan menjadi klinik perubatan swasta pertama yang beroperasi selama 24 jam di daerah tersebut. Slogan Hijraa adalah “Your Premium Care” yang bertujuan untuk membantu menambahbaik taraf penjagaan kesihatan awam dengan menyediakan fasiliti, perkhidmatan dan rawatan yang bermutu tinggi.
Sehingga kini tahun 2024, rangkaian Hijraa mempunyai 16 buah cawangan di seluruh negara. Senarai rangkaian klinik adalah seperti berikut:
1. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kuala Nerus
2. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Chendering
3. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Besut
4. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Dungun
5. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kemaman
6. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Chukai
7. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Bukit Payong
8. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Batu Rakit
9. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kota Bharu
9. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kuantan
10. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Indera Mahkota
11. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Bentong
12. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Wangsa Maju
13. Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Bangi
14. Klinik Pergigian Hijraa Kuala Nerus
15. Kompleks Wanita & Kanak-kanak Kuala Nerus
Klinik Perubatan Hijraa menyediakan pelbagai rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang canggih serta berkualiti tinggi seperti perkhidmatan x-ray, ‘ultrasound scan’, ECG, nebulizer, pembedahan kecil dan penjagaan luka kronik, suntikan sakit sendi, imbasan kandungan 7D yang pertama di Terengganu, khidmat doktor ke rumah dan lain-lain lagi.
Antara anugerah dan pencapaian yang pernah dicapai oleh Klinik Perubatan Hijraa adalah Penyedia Perkhidmatan Terbaik di Pantai Timur dalam Program Imunisasi Kebangsaan (PICK & PICKids) sewaktu pandemik Covid-19. Anugerah itu disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu di Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengadakan lawatan tapak ke Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kuala Nerus yang disertai oleh YB Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hijraa Management Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian sebagai penaja Terengganu Football Club bagi musim 2024/2025. Menerusi penajaan rasmi Hijraa Management Sdn. Bhd. sebagai “Penaja Silver” dengan nilai tajaan dalam bentuk kewangan dan juga perkhidmatan perubatan berjumlah RM 500,000.00. Melalui penajaan ini juga bakal menempatkan logo Hijraa di kesemua jersi latihan rasmi pasukan ini bermula musim ini. Apa yang lebih menarik, pihak Hijraa juga bercadang untuk menambah pulangan buat kelab ini terutamanya buat pemegang kad ahli kelab ataupun TFC Membership Card musim ini dengan menyediakan sesuatu kelebihan buat mereka. Walaubagaimanapun kelebihan tersebut akan diumumkan bersama-sama dengan waktu promosi pendaftaran keahlian kelab yang dijangka akan dibuka akhir Februari ini. Pihak kelab sangat berbesar hati dengan kesudian pihak Hijraa yang dilihat sebagai sebuah syarikat yang komited dalam usaha untuk membantu menambahkan lagi nilai komersial kelab ini.
- Kesemua jersi latihan Terengganu FC akan ditempatkan logo Hijraa
- TFC x HIJRAA
Antara Cawangan Klinik HIJRAA