Ulasan Perlawanan Kuala Lumpur Rovers FC Melawan Terengganu FC

Perlawanan Piala Malaysia 2023 di antara pasukan KL Rovers menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dimana KL Rovers selaku tuan rumah untuk perlawanan pada malam ini. Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada permain pertahanan, Muhammad Ubaidullah sebagai pemain utama pada malam ini, manakala Azam Azmi kembali bersama skuad utama selepas mengalami kecederaan dan tidak lupa juga kepada Rahadiazli turut menjadi tonggak utama untuk penjaga gol pasukan Terengganu FC.

Sepak mula perlawanan pada malam ini semestinya pasukan Terengganu FC ingin mencari jaringan awal dan keselesaan di Stadium Cheras apabila perlawanan Piala Malaysia ini akan bermain secara timbal balik. Pasukan Terengganu FC mempunyai satu peluang apabila cubaan tepat oleh Sony Norde berjaya dihalang oleh penjaga gol tuan rumah, Ameerul Eqhwan pada awal perlawanan. Seterusnya peluang keemasan oleh pasukan Terengganu FC apabila lorongan Sonny Norde kepada Ivan Mamut berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-10. Pasukan Terengganu FC terus memberi tekanan kepada pasukan KL Rovers untuk separuh masa pertama namum tidak berjaya untuk mencari jaringan kedua selepas pemain pertahanan KL Rovers bertungkus lumus untuk bertahan. Dua minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan telah memberi peluang untuk Terengganu FC, selepas satu hantaran yang baik oleh Sonny Norde kepada Ivan Mamut sekali lagi berjaya untuk mendapatkan gol kedua dan sekaligus Terengganu FC mempunyai dua gol kehadapan untuk separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Syaiful Haqim dan mengeluarkan Ketua Pasukan, Habib Haroon. Pasukan Terengganu FC terus mendapatkan gol keselesaan dengan gerakan yang baik oleh Engku Nur Shakir berjaya mendapatkan gol ketiga pada minit ke – 51. Terengganu FC sekali lagi membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Sardor Kulmatov, Syahmi Zamri dan sekaligus mengeluarkan Muhammad Ubaidullah, Engku Nur Shakir bagi memperkemaskan bahagian pertahanan dan tengah. Pada minit ke- 66 memberi peluang kepada pasukan pelawat apabila Ivan Mamut berjaya mencipta gol hatrik dan gol keempat buat pasukan Terengganu FC sekaligus berjaya memberi kemenangan buat pasukan Terengganu FC bagi Piala Malaysia 2023 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan Jaringan KL Rovers FC ( 0 ) ( 4 ) Terengganu FC.