Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Negeri Sembilan FC

Perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di antara pasukan Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FC dimana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan menjadi saksi untuk perlawanan pada malam ini.

Ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner tidak mengambil masa yang lama untuk pemain import dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov ini apabila bersedia beraksi pada perlawanan pada menentang PDRM FC sebelum ini dan semestinya untuk perlawanan pada malam ini yang mengendalikan posisi tengah bersama rakan sepasukannya iaitu Habib Haroon. Manakala dari segi pertahanan juga, Tomislav Steinbruckner memberi peluang kepada semua pemain lokal untuk beraksi untuk perlawanan pada malam ini.

Sepak mula perlawanan pada malam ini pasukan Negeri Sembilan FC mempunyai peluang keemasan selepas pasukan pelawat berjaya mendapatkan sepakan penalti pada awal perlawanan, namum tidak berjaya selepas Suhaimi Husin berjaya menghalang sepakan oleh Herold Mark Guolon. Pasukan Terengganu FC cuba mendapatkan beberapa peluang untuk mendapatkan gol, selepas rembatan Nurillo tidak berjaya dan sekaligus memberikan perlawanan seri Terengganu FC (0) (0) Negeri Sembilan FC untuk separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua, pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Nik Sharif, Engku Shakir dan mengeluarkan Omid Nazari, Hakin Hassan. Pasukan Terengganu FC memberi tekanan kepada pasukan pelawat dan berjaya apabila hantaran Sonny Norde memberikan jaringan pertama buat pasukan Terengganu FC yang ditanduk masuk oleh Ivan Mamut pada minit ke-66. Pasukan Terengganu FC membuat sekali lagi pertukaran dengan membawa masuk Muhammad Ubaidullah dan mengeluarkan Arif Fadzillah. Pasukan Negeri Sembilan FC cuba mencari gol penyamaan bagi merapatkan jurang dan berjaya selepas tandukkan Herold Mark Guolon sekaligus memberikan kedua-dua pasukan seri dengan jaringan Terengganu FC (1) (1) Negeri Sembilan FC bagi saingan Liga Super Malaysia.