
Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Kedah Darul Aman FC
Perlawanan Liga Super Malaysia diantara pasukan Terengganu FC bertemu Kedah FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam ini menunjukkan ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner melakukan beberapa pertukaran pemain import selepas Ivan Mamut dan Argim Redzovic tidak dapat beraksi akibat pergantungan perlawanan selepas menerima kad merah pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim sebelum ini. Manakala pemain import, Sardor Kulmatov kembali beraksi untuk perlawanan pada malam ini bagi membantu jentera pertahanan.
Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan tuan rumah mempunyai satu peluang awal apabila jaringan Adisak Kraison tidak dikira oleh pengadil perlawanan. Seterusnya selang beberapa minit pasukan Terengganu FC terus mencuba dan mempunyai peluang keemasan apabila tendangan Engku Shakir berjaya menewaskan penjaga gol Kedah FC, Mohd Ifwat pada minit ke- 14 dan mendahului pasukan Kedah FC dengan satu jaringan. Pasukan pelawat cuba mencari peluang untuk menyamakan kedudukan untuk separuh masa pertama namum tidak berjaya dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (1) (0) Kedah FC.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk pemain Terengganu ll, Syahmi Zamri dan mengeluarkan Adisak Kraison akibat mengalami kecederaan. Seterusnya pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan mengeluarkan Sardor Kulmatov dan Engku Shakir dan memasukkan Omid Nazari dan Safwan Mazlan. Pasukan tuan rumah terus memberi tekanan kepada pihak lawan apabila beberapa peluang yang dimiliki namum berjaya dihalang oleh pertahanan Kedah FC. Enam minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan dan memberi pasukan tuan berjaya mengutip tiga mata di halaman sendiri dengan jaringan Terengganu FC (1) (0) Kedah FC.
Comments (4)
Donaldnom
medicine in mexico pharmacies
http://cmqpharma.com/# best online pharmacies in mexico
medication from mexico pharmacy
Binance账户
Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.
開設binance帳戶
I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.
binance
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.