Ulasan Perlawanan Perak FC Melawan Terengganu FC

Perlawanan terakhir saingan Liga Super Malaysia 2023 untuk jadual pusingan pertama pada petang ini pasukan Perak FC selaku tuan rumah menyaksikan di antara Perak FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Perak. Pasukan Terengganu FC melakukan beberapa pertukaran di bahagian import apabila Adisak Kraison kembali beraksi untuk pertembungan pada petang ini, selepas terlepas beberapa perlawanan akibat mengalami kecederaan. Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner juga memberi kepercayaan kepada pemain pertahanan, Argzim Redzovic pada petang ini buat pasukan Terengganu FC selepas tonggak utama Sardor Kulmatov telah mengalami kecederaan.

Minit Permulaan bagi perlawanan pada petang ini memberi keselesaan untuk pasukan Terengganu FC apabila kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Perak FC, Tian Keat See memberi gol pembukaan dan mudah dijaringkan oleh Adisak Kraison pada minit ke-5. Pasukan Terengganu FC terus memberi jaminan keselesaan untuk separuh masa pertama selepas hantaran Nik Sharif kepada Sony Norde merembat ke gawang gol untuk gol kedua pada minit ke-15’.

Pasukan tuan rumah cuba mendapatkan jaringan namum terhalang dan tidak mempunyai peluang selepas pemain pertahanan Terengganu FC cuba mengawal ketat pemain-pemain Perak FC. Seterusnya peluang terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke 26’ apabila pemain perak berjaya memasukki ke dalam kotak penalti, namum terhalang selepas Suhaimi Husin cemerlang menyelamatkan peluang tersebut. Masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan untuk separuh masa pertama memberi lebihan jaringan kepada pasukan pelawat dengan Perak FC ( 0 ) ( 2 ) Terengganu FC.

Memasukki separuh masa kedua Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Engku Shakir dan mengeluarkan Adisak Kraison.
Pasukan Terengganu FC terus mengekalkan momentum perlawanan dan cuba menyekat buat pasukan tuan rumah untuk mendapatkan jaringan. Sekali lagi pasukan Terengganu FC membuat pertukaran dengan membawa masuk Faiz Nasir dan Jordan Mintah dan sekaligus mengeluarkan Ivan Mamut dan Nik Sharif. Pertukaran yang dilakukan oleh, Tomislav Steinbruckner menjadi selepas pasukan Terengganu FC mempunyai jaringan ketiga apabila sepakan penjuru berjaya ditanduk masuk oleh Jordan Mintah pada minit ke-73. Untuk pertukaran seterusnya yang dilakukan oleh pasukan Terengganu FC mengeluarkan Argzim Redzovic dan Arif Fadzillah dengan menggantikan Safwan Mazlan dan Alif Zakaria. Empat minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan sekaligus memberi pasukan Terengganu FC berjaya mengutip mata penuh di Stadium Perak bagi aksi Liga Super Malaysia 2023 dengan jaringan Perak FC ( 0 ) ( 3) Terengganu FC.

Comments (2)

  1. Williamfew

    indian pharmacy paypal https://indiaph24.store/# top 10 pharmacies in india
    india pharmacy

  2. I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot