
Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Kelantan FC
Suku akhir Piala FA 2023 di antara pasukan Terengganu FC menjadi tuan rumah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menentang Kelantan FC dimana perlawanan ini berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini. Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menurunkan empat pemain import, Ivan Mamut, Sardor Kulmatov, dan Habib Haroon bagi kesebelasan utama dan memberi kepercayaan kepada Engku Shakir dan Nik Sharif bagi aksi perlawanan ini.
Sepak mula perlawanan pada petang ini untuk separuh masa pertama pasukan Terengganu FC cuba mengawal perlawanan dengan membuat beberapa percubaan namum tidak berjaya bagi mendapatkan jaringan awal. Peluang terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-16 apabila hantaran Engku Shakir kepada Azam Azmi dan membawa ke tengah dan berjaya menjaringkan gol pertama. Pasukan Kelantan FC cuba bangkit apabila sepakan percuma oleh ketua pasukan Kelantan FC, Mario berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu FC, Suhsimi Husin.
Seterusnya pasukan tuan rumah lebih selesa apabila jaringan mudah oleh pemain import, Ivan Mamut mudah untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-41. Pasukan Kelantan FC cuba merapatkan jurang apabila berjaya mendapatkan gol pertama oleh pemain import Kelantan FC, Ismaheel Akinade pada minit ke-45 dan menjadikan jaringan Terengganu FC ( 2 ) ( 1 ) Kelantan FC pada separuh masa pertama.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Omid Nazari dan mengeluarkan Engku Shakir bagi menguatkan jentera tengah. Pasukan tuan rumah terus selesa apabila hantaran Habib mudah untuk Sony Norde mendapatkan gol ketiga pada minit-52 dan menjadikan jaringan Terengganu FC ( 3 ) ( 1 ) Kelantan FC.
Selepas jaringan ketiga pasukan tuan rumah membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Arif Fadzillah dan Syafik Ismail bagi menggantikan Alif Zakaria dan Nik Sharif. Pasukan Kelantan FC tidak mudah mengalah apabila sekali lagi pasukan pelawat dihadiahi sepakan penalti oleh pengadil perlawanan dan disudahi oleh pemain Ismaheel Akinade untuk gol kedua, apabila kesilapan mudah yang dilakukan oleh pemain pertahanan Terengganu FC. Baki masa perlawanan tinggal 10 minit tidak disia-siakan oleh pemain Syafik Ismail apabila gol keempat Terengganu FC berjaya disudahi dengan rembatan oleh beliau sekaligus menewaskan penjaga gol Kelantan FC, Nik Mohd Amin. Pasukan Kelantan FC berusaha untuk mencari gol penyamaan namum buntu dan memberikan pasukan tuan rumah berjaya untuk mara ke pusingan separuh akhir bagi Piala FA 2023.
Comments (9)
Williamfew
world pharmacy india https://indiaph24.store/# india online pharmacy
indian pharmacy
StephenAmuby
medication from mexico pharmacy: mexican online pharmacy – reputable mexican pharmacies online
Donaldnom
medicine in mexico pharmacies
http://cmqpharma.com/# medication from mexico pharmacy
pharmacies in mexico that ship to usa
binance
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!
Tworzenie konta na Binance
Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.
registrarse en Binance
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.
binance
I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.
binance
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?
binance
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.