PEMAIN KE-12 : GENG12 SERU SEMUA PENYOKONG TERENGGANU UNTUK MERASA BANGGA DENGAN WARNA KERAMAT HITAM DAN PUTIH

Kami dari Kelab Penyokong Bolasepak dan Futsal Terengganu (GENG12) tidak pernah terlepas untuk hadir memberikan sokongan buat pasukan ini apabila perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Seperti yang kita tahu, semua pasukan ada warna tradisi dan warna keramat. Sebut sahaja pasukan Terengganu rasanya tak perlu diperkenalkan lagi satu nama yang cukup gah dikenali di mata penyokong samada di dalam dan di luar Malaysia. Pernah memenangi Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dan jika di luar negara pernah memenangi jemputan Piala Bangladesh dan juga pernah beraksi di Piala AFC dengan warna keramat yang sudah sebati dengan warna hitam putih.

Sebut warna hitam putih masih ramai penyokong memakai baju selain hitam putih (selain jersi terengganu fc). Warna warni seperti ingin bagi kami tidak sesuai untuk ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan kita, kerana warna kita adalah warna hitam dan putih, jika pakai baju seperti itu seakan-akan kita ingin pergi melepak di pasaraya atau bersantai di pantai.

Jika Selangor bangga dengan warna merah kuning, Johor biru merah dan kedah bangga dengan warna hijau kuning, kita perlu bangga untuk mengenakan warna rasmi kita iaitu hitam dan putih.

Kami dari GENG12 sebagai salah sebuah kelab penyokong pasukan ini ingin menyeru buat seluruh rakyat negeri Terengganu, dan penyokong pasukan ini, kita penuhkan stadium kita, rumah kita tempat tumpahnya darah kita dengan warna hitam putih, jangan jadikan rumah kita, tempat kita di warnai dengan lautan hijau kuning. Malam ini kami mohon untuk kita gegarkan stadium kita dengan warna keramat kita untuk menaikkan aura gerun bagi mendapatkan kemenangan.

GENG12 mendoakan agar kemenangan bakal menjadi milik Terengganu FC pada malam ini seterusnya melayakkan pasukan kita ke peringkat suku akhir Piala FA Malaysia 2022.

Artikel disedikan oleh : Wan Zul Kasman, Wakil Kelab Penyokong Bolasepak dan Futsal Terengganu (GENG12)

Para ahli GENG12 yang tidak pernah penat memberikan sokongan untuk pasukan Terengganu FC

GENG12 mengharapkan pemain muda terus diberikan lebih minit bermain memandangkan mereka ini telah diakui mempunyai kualiti tinggi.

Harapan dari kami sebagai Penyokong mahu kelab Terengganu FC lebihkan minit pada para pemain muda kite yang dilihat boleh diketengahkan seperti Syafik Ismail , Hairiey Hakim , Azalinullah dan Zulasyraf. Semua pemain ini bermain secara baik bagi pendapat kami dan sudah terbukti seperti Azam, beliau mempunyai agility , speed dan strength yg lengkap setelah dapat minit yang banyak. Jika dilihat perlawanan terakhir kite menentang jdt , Arif Aiman sukar membolosi benteng dari Azam. Begitu juga dengan Syafik Ismail , “kecil kecil cili padi” sekali drible mampu ke kotak D pihak lawan. Tak lupa juga pada jentera tengah muda kite seperti Azalinullah dan Zulasyraf mereka ini mempunyai satu kelebihan midfielder modern.

Kami dari GENG12 juga menghaapkan pada masa hadpaan setiap kelab penyokong Terengganu FC yang berdaftar mempunyai ruangan untuk dibuka booth ketika perlawanan di gelanggang kite ataupun acara yang dibuat oleh kelab ini. Ini membolehkan kami menjual segala barangan merchandise dari kelab kami ataupun dari kelab Terengganu sendiri. Ini serba sedikit boleh memberi pendapatan pada kelab penyokong itu sendiri.

GENG12 juga mencadangkan setiap kelab penyokong mempunyai profile dan ‘port’ masing-masing. Kami mohon pada pihak kelab atau stadium dapat sediakan barricade kawasan kelab penyokong itu jika ada perlawanan tumpuan yang mungkin ramai penonton yang hadir, barricade area itu ditanda secara  kibarkan banner kami pada kerusi ataupun bendera gergasi Terengganu ataupn ada lagi idea dari pihak kelab boleh perhalusi. Ini adalah pendapat kami dari salah sebuah kelab penyokong tegar Terengganu FC.

Artikel disedikan oleh : Julik, Wakil Kelab Penyokong Bolasepak dan Futsal Terengganu (GENG12)

Para ahli GENG12 yang tidak pernah penat memberikan sokongan untuk pasukan Terengganu FC

Comments (2)

  1. FloydSlino

    reputable mexican pharmacies online: Mexican Pharmacy Online – reputable mexican pharmacies online

  2. Williamfew

    reputable indian online pharmacy https://indiaph24.store/# indian pharmacy paypal
    indianpharmacy com

Leave a Reply