LUKE WOODLAND BENTENG PERTAHANAN TERENGGANU FC 2022

Woodland atau nama penuh beliau Luke Zantua Woodland menjadi seorang lagi pemain import yang akan membarisi benteng pertahanan Terengganu FC pada musim hadapan dengan menandatangani kontrak bersama pasukan ini selama 1 tahun.

Pemain yang lahir di UAE ini telah antara pemain utama yang mewakili skuad kebangsaan Filipina dan juga sebelum ini beraksi di Ratchaburi Mitr Pol dalam liga utama Thailand.

Berusia 27 tahun dan memiliki ketinggian 1.83 meter pemain yang bakal menyarung jersi bernombor 14 ini bakal mengukuhkan benteng pertahanan dan berhasrat ingin memberikan impak segera dalam pasukan dan sangat teruja untuk terbang ke bumi Terengganu bagi memulakan latihan seterusnya beraksi dalam Liga Super Malaysia 2022. Bagi Woodland, melihatkan dengan corak permainan yang dipersembahkan oleh pasukan Terengganu FC bagi musim 2021 membuatkan beliau begitu teruja untuk menjadi sebahagian dari pasukan ini bagi musim baru 2022.

Woodland sebenarnya pemain yang tidak asing dengan Liga Malaysia kerana pernah bersama pasukan Kuala lumpur pada tahun 2019. Pengalaman beraksi di Liga Malaysia sebelum ini baginya sedikit sebanyak membantu untuk mempercepatkan proses penyesuaian dirinya bersama skuad Terengganu FC ini. Bagi Nafuzi Zain, kehadiran Woodland yang mempunyai kelebihan fizikal bakal membantu memperkemaskan benteng pasukannya yang jika dilihat sebelum ini sedikit bergelut apabila bertemu dengan pasukan yang mempunyai kelebihan pemain-pemain yang mempunyai ketinggian terutama apabila menghadapi perebutan bola udara. Nafuzi juga sebelum ini pernah menyatakan minat untuk menandatangani pemain ini sebelum ini namun pada musim lepas pemain itu telahpun dipancing oleh pasukan dari liga utama Thailand.

Diharapkan kehadiran Woodland akan memberikan impak besar buat pasukan ini dalam misi untuk memburu kejuaraan bagi musim 2022.

Luke Woodland juga adalah pemain skuad kebangsaan Filipina

 

Kredit Gambar : planetfootball.com