RUMUSAN PERLAWANAN TERENGGANU FC vs JDT
Juara Liga Super Malaysia 2021, bertandang ke Kuala Terengganu bagi menghadapi pasukan yang pernah menewaskan mereka di halaman sendiri pada pusingan pertama iaitu Terengganu FC. Bermula dengan garang, JDT yang memakai jersi biru merah mendapat beberapa peluang awal namun berjaya disekat oleh penjaga gol TFC, Suhaimi Husin. Namun lewat permainan separuh masa pertama, iaitu minit ke 45+2 Shane Lowry berjaya meletakkan JDT dihadapan apabila bola tangkisan Suhaimi terjatuh tepat di depan penjaring gol tersebut.
Memasuki babak kedua, bola seakan banyak berada di kawasan tengah gol. Pergerakan kedua-dua pasukan serba tidak menjadi. Walaubagaimana peluang TFC untuk menyamakan kedudukan hadir melalui Nik Akif apabila “crossing” dari Lee Tuck membolehkannya membuat sepakan voli. Namun berjaya dihalang oleh Farizal Marlias.
Perlawanan berkahir dengan kemenangan berpihak kepada Juara Liga Super Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim dengan satu jaringan tanpa balas.