BERITA PASUKAN

MENGEKALKAN KONSISTENSI ADALAH PALING MUSTAHAK

Selepas kemenangan menentang juara 7 kali Liga Super, pasukan Johor Darul Ta’zim semalam, pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain tidak menafikan ianya adalah satu pencapaian yang membanggakan dan mengkreditkan kemenangan ini kepada kesemua pemain-pemain beliau yang telah mengikuti segala perancangan yang telah beliau dan barisan kejurulatihan rangka bagi perlawanan tersebut. Beliau juga memuji setiap pemain yang diturunkan yang telah memberikan komitmen 100% untuk memenangi perlawanan tersebut.

Bagi Nafuzi ianya adalah tugas yang sukar untuk bertandang ke gelanggang JDT, dengan kehadiran pemain ke-12 mereka dan semestinya dengan melihatkan rekod mereka di gelanggang mereka adalah sangat baik. Apa yang dicapai oleh pasukannya juga baginya adalah pencetus untuk para pemain mendapatkan konfiden mereka pada perlawanan akan datang kerana mereka bakal berhadapan dengan sebuah lagi pasukan yang sedang konsisten memungut mata kemenangan iaitu Penang FC.

Nafuzi Zain mengingatkan anak-anak buahnya, tiada guna jika kita memenangi perlawanan besar dan berjaya mengutip 3 mata jika perlawanan seterusnya kita tidak mampu mengekalkan apa yang kita buat pada hari ini. KONSISTENSI adalah perkara utama untuk memastikan kita boleh terus bergerak secara positif untuk memberikan saingan kepada pendahulu liga kerana itulah perkara yang dilakukan oleh mereka sejak 7 tahun lepas menjadikan mereka sebagai juara bertahan.

Kemenangan 0-1 keatas pendahulu liga, JDT semalam telah mengekalkan pasukan TFC ditempat kedua liga