RUMUSAN PERLAWANAN KDA FC vs TERENGGANU FC

Perlawanan di antara Terengganu FC menentang Kedah Darul Aman FC malam ini yang berlangsung di Stadium Darul Aman menyaksikan pasukan pelawat menurunkan pemain import dari Brazil, David Da Silva selepas baru sahaja pulih dari kecederaan akibat daripada masalah tisu koyak semasa beraksi menentang UITM FC untuk perlawanan pertama Liga Super 2021.

Sebelum ini, David Da Silva terpaksa direhatkan buat sementara waktu dan hanya sempat bermain untuk satu perlawanan sahaja. Pada malam ini David Da silva bersiap bersedia untuk diturunkan menetang KDA FC.

Bagi pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata dalam perlawanan kali ini kita perlukan kesebelasan yang terbaik kerana Kedah Darul Aman FC sudah berjaya meningkatkan prestasi mereka berbanding sebelum ini. Kita tidak boleh melihat rekod sebelum ini kerana mereka juga pastinya mahukan tiga mata penuh pada perlawanan malam ini.

Minit awal permainan KDA FC bermula dengan lebih garang dengan melakukan beberapa percubaan termasuk rembatan kencang oleh pemain import mereka, namun kecekapan penjaga gol Terengganu FC terlebih dahulu dapat membacanya.

Memasuki minit ke 16 permainan, Faisal Halim bijak melorong bola kepada penyerang Terengganu FC, David Da Silva tetapi penjaga gol tuan rumah bijak membaca dan gerakan itu berjaya dipatahkan. Selepas minit ke 21, David Da Silva sekali lagi mendapat peluang keemasan dengan berjaya melakukan rembatan kencang namum tendangan David tersasar.

Peluang terbaik bagi pasukan KDA FC muncul pada minit ke 35 apabila Rabih Ataya menolak mudah dan memaksa pemain pertahanan TFC, Muhammad Faudzi melakukan kesilapan apabila bola yang ditolak oleh Rabih Ataya terkena kaki beliau dan masuk ke dalam gawang sendiri, sekali gus meletakkan Kedah Darul Aman FC di depan dengan jaringan 1-0.

Dengan berbaki 2 minit masa tambahan separuh masa pertama,  pasukan Terengganu FC mendapat hadiah sepakan penalti apabila bola yang di tendang oleh Hakimi Abdullah terkena tangan pemain pertahanan KDA FC. Tendangan penalti berjaya disempurnakan dengan mudah oleh David Da Silva. Separuh masa pertama berkakhir dengan jaringan 1-1.

Memasuki babak kedua permainan, pasukan KDA FC dilihat lebih berhati- hati dan menyebabkan pasukan Terengganu FC berjaya mengawal permainan. Pada minit ke 57 Faisal Halim bijak melakukan larian memasuki kawasan kotak penalti namun tendangan lemahnya tersasar.

Peluang terbaik buat Terengganu FC pada minit ke 59, apabila sekali lagi larian yang dilakukan Faisal Halim membolehkannya melorongkan bola kepada Azzam Azmi, sekali gus dengan mudah Azzam Azmi berjaya menjaringkan gol menewaskan penjaga gol KDA FC, Mohd Shahril Sa’ari dengan jaringan 2-1.

Memasuki minit ke 70 pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan David Da Silva dan membawa masuk penyerang tempatan, Engku Muhammad Nur Shakir untuk memberi keselesaan di barisan hadapan. Selepas perlawanan berbaki 15 minit untuk separuh masa kedua, sekaligus Terengganu FC sekali lagi membuat beberapa pertukarangan dengan mengeluarkan pemain tengah mereka, Nasir Bashiruddin & Hakimi Abdullahdan digantikan dengan Muhammad Hafizal dan Nik Akif Syahiran.

4 Minit masa tambahan diberikan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kedah Darul Aman, menyaksikan skuad Terengganu FC tampil bergaya dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas KDA FC.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot