BERITA PASUKAN

STATUS KECEDERAAN PETRUS SHITEMBI

Pasukan Terengganu Football Club (TFC) yang sebelum ini telah membuat persediaan dan mempersiapkan pasukan dengan baik menjelang Liga Malaysia dan saingan Liga Super yang bakal bermula pada 6 Mac 2021 ini terpaksa menerima tamparan hebat setelah khidmat pemain utama, Petrus Shitembi terpaksa dilupakan terlebih dahulu dalam masa terdekat setelah pemain ini mengalami kecederaan yang bakal menyebabkan beliau bakal terlepas beberapa perlawanan awal bersama TFC.

Shitembi yang mengalami kecederaan semasa aksi persediaan pra-musim akan menjalani pemeriksaan seterusnya di Kuala Lumpur untuk mengesahkan kecederaan yang dialami pada hari ini. Semestinya ketiadaan Shitembi di bahagian tengah pasukan TFC bakal memberikan kesan sedikit sebanyak kepada taktikal dan pengaturan permainan kerana pemain ini telah menjadi penggerak utama sejak awal aksi persediaan pra-musim TFC musim ini.

Pengendali pasukan TFC, Nafuzi Zain memandang perkara ini sememangnya bakal memberi kesan buat pasukan, tetap beliau tetap percaya dengan barisan pemain-pemain yang beliau ada dan barisan kejurulatihan sudahpun merangka barisan pemain utama menjelang perlawanan menenang UITM FC Sabtu ini.

Pasukan TFC mempunyai pilihan untuk menggunakan khidmat pemain import tengah pasukan Terengganu FC II, Dechi Marcel N’Guessan yang baru ditandatangani semalam bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Petrus Shitembi buat sementara waktu, namun perkara itu belum diputuskan bagi aksi awal musim ini kerana Dechi Marcel baru sahaja memulakan latihan bersama TFC pada petang semalam. Dengan semangat juang para pemain dan doa daripada setiap penyokong, diharapkan pasukan TFC mampu melangkah permulaan liga dengan lpenuh positif.

Shitembi menandatangani kontrak bersama TFC pada 28 Disember 2020