KONSEP JERSI TFC 2021 KELUARAN AL-IKHSAN

Jersi Terengganu Football Club (TFC) keluaran Al-Ikhsan Sports bagi musim 2021 dilihat menggunakan warna serta rekabentuk sedikit berbeza.
Penggunaan unsur jalur klasik pada jersi utama pasukan TFC menampilkan kelainan dengan jalur tersebut adalah merupakan permukaan (texture) kain dan bukannya menggunakan teknologi cetakan sublimition. Ia boleh dikatakan rekaan eksklusif dengan unsur ‘vintage’ yang pastinya membuatkan para penyokong dan peminat pasukan TFC tidak sabar untuk memiliki jersi baharu pasukan TFC ini.

Jersi kedua pasukan TFC juga tampil dengan warna asas berbeza iaitu warna Burgundy yang semestinya menampilkan kelainan buat penggemar jersi pasukan ini dan juga pengumpul jersi di dalam dan luar negara. Dengan memasukkan unsur tambahan warna emas pada kekemasan baju sudah cukup untuk menjadikan jersi ini sebagai ‘Jersi wajib dimiliki’ oleh penyokong pasukan ini.

Jersi pasukan TFC ini boleh mula didapati pada 28 Februari 2021 (Ahad) di outlet Al-Ikhsan terpilih dan juga di TFC Merchandise Store.