BERITA PASUKAN

DAVID DA SILVA PENYERANG UTAMA TFC 2021

Posisi penyerang utama Terengganu FC sah diisi oleh penyerang yang berasal dari Brazil, David da Silva. Gembira dengan perpindahan ini, beliau yang sebelum ini unggul untuk membantu Persebaya menjadi Naib Juara di Liga 1 Indonesia 2019 dan juga turut berasa teruja untuk kembali dengan sentuhan pemusnah di hadapan gawang pihak lawan.

Sebagai seorang pemain yang memiliki ketinggian 185cm dan bermain di posisi penyerang, ternyata beliau mempunyai rekod jaringan yang amat baik. Sepanjang bersama Persebaya di Liga Indoenesia beliau menjaringkan 20 gol daripada 23 perlawanan pada tahun 2018 dan 14 gol daripada 17 perlawanan bagi tahun 2019. Melihat pada rekod jaringan tersebut beliau yang amat meminati penyerang lagenda Brazil, Ronaldo sering memotivasikan diri untuk bekerja keras bagi membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh pasukan dan para peminat.
Pada usia 31 tahun, David da Silva masih lagi nekad untuk meneruskan kariernya dan penyertaan beliau ke Liga Malaysia menyertai Terengganu FC adalah satu detik penting ekoran situasi semasa di negara jiran yang masih tidak mempunyai kepastian bilakah kejohanan liga utama bakal disambung. Hadir dengan kontrak 1 tahun, penyerang berbisa ini memilih jersi bernombor 14 dan bakal menjadi cabaran buat pertahanan pihak lawan untuk mengekang aksi beliau di atas padang.

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak David Da Silva

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak David Da Silva

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak David Da Silva