AZARUL NAZARITH MELENGKAPKAN KUOTA PEMAIN TEMPATAN TFC 2021

Hadirnya seorang lagi pemain baru iaitu Azarul Nazarith telah melengkapkan kuota pemain tempatan Terengganu FC bagi musim 2021. Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur ini sebelum ini beraksi bersama pasukan Felda United FC.

Azarul bermain di posisi pertahanan kiri dan mampu untuk bermain juga di pertahanan kanan atau tengah, pemain ini memiliki 11 penampilan dalam kesebelasan utama Felda United untuk kempen musim 2020. Selain itu, beliau juga pernah mendapat panggilan untuk skuad B-22 Kebangsaan dibawah kendalian Ong Kim Swee. Ditanya berkenaan kenapa beliau memilih untuk menyertai pasukan TFC, beliau menyatakan ianya sebenarnya hadir dalam diri beliau sendiri disamping nasihat dari keluarga serta nasihat yang diberikan oleh pengendali Felda United sendiri yang menyakinkan beliau menyertai pasukan ini adalah keputusan yang tepat terutama untuk memajukan diri beliau.

Ini pasukan kedua Nazarul wakili yang beraksi di pentas Liga Super kerana sebelum ini beliau juga beraksi bersama Felda United di saingan liga tertinggi Malaysia ini. Nazarul dijangka mudah untuk menghadaptasi taktikal dan filosofi yang dijalankan di TFC kerana ada sedikit persamaan dengan apa yang diterapkan di kelab lamanya. Media TFC sempat bertanya, selain berkaitan dengan bola sepak, apa yang mendorong beliau berhijrah ke Terengganu. Beliau terus menyatakan sebab utama adalah kerana tempat disini cantik dan makanan sangat sedap terutama keropok lekor.



Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak