BERITA PASUKAN

“PEMBAWAKAN GAYA PERMAINAN MODERN FOOTBALL TFC MENARIK MINAT SAYA” ARIF ANWAR

Muhamad Arif Bin Mohamed Anwar adalah merupakan salah seorang pemain yang telah menandatangani kontrak bersama TFC bagi musim 2021. Arif Anwar yang kini berusia 25 tahun menyatakan perpindahannya ke pasukan Terengganu Football Club (TFC) adalah kerana beberapa faktor. Antaranya faktor utama adalah beliau tertarik melihatkan gaya permainan serta taktikal ‘modern football’ yang diterapkan oleh pengendali pasukan ini, Nafuzi Zain ke dalam skuad TFC.

Faktor selainnya adalah semestinya baginya kesemua pemain ingin beraksi di pentas tertinggi seperti di Asia dan melihatkan TFC telah layak ke kempen kejohanan Piala AFC 2021, ianya dilihat sebagai satu peluang untuk beliau bersama dalam pasukan ini untuk beraksi di pentas antara yang tertinggi di Asia ini. Bekas pemain UITM FC yang beraksi di posisi sayap kiri dan penyerang ini telah memperlihatkan kualiti yang beliau ada pada tahun 2020 bersama skuad UITM FC dan berjaya membantu skuad tersebut menempatkan diri di kedudukan yang sangat membanggakan dalam saingan Liga Malaysia.

Diharapkan Arif mampu menambah nafas baharu dalam skuad ini terutama dalam menambah sengat di bahagian serangan sekaligus membantu pasukan ini untuk menjadi lebih baik bagi kempen musim 2021 di Liga Malaysia dan juga pentas Asia.

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak