BERITA PASUKAN

KENYATAAN MEDIA TERENGGANU FC– MEMPERKENALKAN PEMAIN BARU MUSIM 2021 – MOHD HAKIMI BIN ABDULLAH

Mohamad Hakimi Abdullah seorang lagi pemain muda telah sah menjadi pemain terbaru dalam skuad Terengganu FC pada musim hadapan dengan kontrak 2 tahun. Kehadiran pemain muda dari Kelantan yang dominan dengan kaki kiri ini bakal menambahkan lagi pilihan buat ketua jurulatih Nafuzi Zain untuk memiliki ‘flanker’ yang berkualiti.

Jaringan hatrik yang berjaya dihasilkan ketika perlawanan menentang UKM FC dalam saingan Liga Premier 2020 berjaya menaikkan lagi nama pemain ini dalam arena bola sepak tempatan. Beliau juga pernah mendapat panggilan untuk skuad B-20 Kebangsaan dibawah kendalian Bojan Hodak.

Pada usia 21 tahun, masih banyak cabaran yang perlu dilalui oleh Hakimi untuk meletakkan nama beliau di peringkat tertinggi terutama dengan persaingan daripada rakan sepasukan baru yang semestinya akan bersaing secara sihat untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Namun bagi Hakimi yang akan menyarung jersi bernombor 16, beliau akan sentiasa komited untuk berusaha dengan gigih disamping menimba ilmu daripada pemain-pemain berpengalaman yang ada dalam skuad Terengganu FC.

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

 

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

 

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak