BERITA PASUKAN

ASNAN MEMBERIKAN VARIASI DI BAHAGIAN TENGAH TFC 2021

Terengganu FC menjadi destinasi pilihan buat Asnan bin Ahmad setelah sekian lama berkhidmat bersama UKM FC. Bekas ketua pasukan UKM FC itu hadir dengan ikatan kontrak selama 1 tahun. Wajah yang tidak asing dalam barisan utama itu berjaya untuk membantu skuad The Varsity Boys mara 2 kali ke peringkat akhir Challenge Cup (2018 dan 2019).

Selain daripada bermain di posisi pertahanan tengah beliau turut sedikit versatile untuk bertukar posisi ke bahagian ‘defensive midfielder’ dengan karakter yang sentiasa positif dan tenang di atas padang. Memulakan karier dengan keperihan di usia belasan tahun, namun berbekalkan semangat dan minat terhadap sukan ini, Terengganu FC dilihat sebagai satu landasan terbaik dalam perjalanan karier beliau.

Asnan yang kini berusia 27 tahun mampu untuk berbangga setelah segala usaha yang dikerah dalam masa yang sama di bidang akademik dan sukan bola sepak membuahkan hasil untuk beliau. Mungkin persekitaran kali ini sedikit berbeza untuk ditempuhi olehnya namun semangatnya jelas untuk menyahut cabaran yang bakal dilalui bersama pasukan TFC dan mengharapkan sokongan berterusan daripada penyokong setia TFC yang mampu untuk membantu moral pemain baru dan juga pemain sedia ada.

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak