SHAHRUL NIZAM BERAZAM UNTUK REBUT KESEBELASAN UTAMA PASUKAN

Pemain baharu skuad Terengganu Football Club (TFC), Shahrul Nizam Bin Ros Hasni yang lebih dikenali sebagai ‘Nijey’ menyatakan perpindahan beliau ke pasukan TFC adalah pilihan terbaik untuk memperkembangkan karier bola sepaknya ke arah yang lebih positif.  Bagi Nizam, di dalam skuad TFC ini beliau perlu bekerja lebih kuat untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama pasukan kerana persaingan di sini berkemungkinan lebih sengit dengan barisan pemain sedia ada dan bakal hadir.

Bekas pemain Kelantan FC serta pemain B23 Malaysia ini bakal menyarung jersi bernombor 5 dan beraksi di posisi pertahanan pasukan ini. Beliau menyatakan faktor perpindahan juga adalah kerana gaya sokongan penyokong pasukan Terengganu ini sama sepertimana ketika beliau berada di Kelantan jadi beliau tidak kekok berhadapan dengan aura luar biasa penyokong.

Nizam yang baru berusia 22 tahun menandatangani kontrak 2 tahun bersama skuad TFC dan bagi beliau ini sangat memotivasikan dirinya untuk berusaha lebih untuk memastikan TFC melihatkan kualiti yang beliau ada disamping saingan Liga Malaysia serta penyertaan TFC dalam kempen Piala AFC pada tahun hadapan.

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak