BERITA PASUKAN

NIK AKIF JANJI AKSI TERBAIK BERSAMA TFC

Nadi baharu skuad Terengganu Football Club (TFC), Nik Akif Syahiran Bin Nik Mat menyifatkan  penghijrahan dari negeri kelahiran ke pasukan TFC merupakan satu cabaran besar dalam karier bolasepak beliau namun ianya juga merupakan sesuatu yang sangat positif untuk perkembangan karier beliau sebagai seorang pemain bola sepak profesional. Berkenaan penolakan beberapa tawaran yang diterima beliau dari pasukan lain, beliau menyatakan beliau lebih melihatkan pada corak permainan yang diterapkan pasukan dan dilihat corak ‘modern football’ yang diterapkan oleh Nafuzi Zain sesuai dengan gaya permainan beliau.

Bagi Nik Akif, beliau perlu memberi 100% komitmen kepada pasukan kerana beliau ingin membawa nama pasukan ke tahap yang lebih tinggi dan berjaya menjadi salah seorang pemain yang boleh memberikan kejayaan buat pasukan ini. Pemain berusia 22 tahun ini juga adalah merupakan tonggak utama pasukan B23 Malaysia. Ini merupakan kali pertama buat Nik Akif berhijrah ke luar negeri Kelantan dan beliau melihatkan Terengganu adalah destinasi terbaik untuk beliau.

Nik Akif antara target utama pengendali TFC, Nafuzi Zain untuk memperkuatkan barisan tengah pasukan TFC disamping beberapa pemain import yang akan hadir menyertai pasukan ini tidak lama lagi. Bagi Nik Akif, beliau semestinya ingin memberikan aksi terbaik bersama Terengganu kerana beliau tahu penyokong  disini menunggu kehadiran beliau dan ingin membalas kepercayaan ini dengan hasil usaha beliau tersebut.

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak