BERITA PASUKAN

DOMINIQUE DA SYLVA BAKAL MENGETUAI BAHAGIAN SERANGAN TFC 2020

Terengganu Football Club (TFC) telah selesai menandatangani penyerang dari Senegal, Dominique Da Sylva sebentar tadi bertempat di Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Sesi tandatangani kontrak ini turut dihadiri Timbalan Presiden PBSNT, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan juga Pengurus Terengganu FC, Encik Shahrizal Yahaya. Pemain yang bersama pasukan Sai Gon di saingan liga Vietnam tahun lepas ini adalah pengganti kekosongan  yang ditinggalkan Kipre Tchetche yang berhijrah ke pasukan Kedah FA. Dominique diharapkan menjadi senjata baru TFC dalam usaha memantapkan bahagian serangan yang dilihat sedikit tumpul bagi musim 2019.

Pengalaman Dominique yang pernah beraksi di Eropah dan pernah beraksi bersama pasukan besar liga Mesir, Al-Ahly diharapkan dapat digunakan sebaiknya dalam membentuk keserasian dan kemantapan di bahagian serangan pasukan ini. Dominique bakal menyarung jersi bernombor 11 bersama TFC dan beliau yakin dengan kemasukannya ini bakal memberi impak yang besar buat pasukan TFC.

Dominique mengakui beliau sebelum ini kurang mendapat berita dan pendedahan berkenaan saingan liga Malaysia dan juga pasukan TFC sendiri, tetapi apabila beliau mula melihat apa yang dilakukan pasukan ini semestinya ianya sesuatu yang sangat baik untuknya untuk menjadi sebahagian dari pasukan ini dalam memburu cabaran baru dan kejuaraan di Liga Malaysia. Dominique juga dilihat tidak sabar untuk bertemu penyokong TFC yang beliau tahu antara penyokong yang sangat fanatik mengenai bola sepak di negara ini.

Sekitar sesi tandatangani kontrak Dominique Da Sylva

 

Sekitar sesi tandatangani kontrak Dominique Da Sylva

 

Sekitar sesi tandatangani kontrak Dominique Da Sylva