PENYERAHAN SUMBANGAN BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM SUFFIAN DARI PIHAK PBSNT DAN TFC
Para pegawai dan pemain pasukan Terengganu Football Club (TFC) dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menziarahi keluarga bekas penjaga gol TFC, Mohd Suffian bin Ab. Rahman Kungiraman pada 19 Ogos 2019. Pihak pasukan dan juga persatuan turut sama menyerahkan sumbangan buat keluarga Allahyarham bagi membantu meringankan beban tanggungan mereka setelah kehilangan Suffian.
Penyerahan sumbangan buat keluarga Allahyarham diwakili oleh Timbalan Presiden PBSNT, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham.
Allahyarham Mohd Suffian bin Ab. Rahman Kungiraman telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1:10 petang tadi di rumah kediamannya. Allahyarham merupakan penjaga gawang pasukan utama TFC sejak 2017 hingga kini. Jasa dan sumbangan beliau pasti dikenang seluruh keluarga bolasepak Terengganu.