TERENGGANU FC ADA TEMPOH MASA 2 HARI PERSIAPKAN PASUKAN MENJELANG ‘DERBY’ PANTAI TIMUR

Selepas perlawanan menentang pasukan Kedah FA malam tadi, pasukan Terengganu FC hanya ada masa 2 hari sebelum sekali beraksi dalam saingan Liga Super Jumaat ini. Pada perlawanan kali ini pasukan Terengganu FC akan menentang pasukan jiran, Pahang FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.

Jika mengikut rekod, ini adalah merupakan perlawanan keempat pasukan Terengganu FC bertemu pasukan Pahang FA musim ini dimana sebelum ini pasukan Terengganu FC sudah bertemu buat pertama kali dalam saingan Liga Super dimana Terengganu FC tewas 3-0 di Darul Makmur manakala 2 lagi perlawanan di saingan Piala FA, Terengganu menang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu dan tumpas di Darul Makmur dalam aksi timbal balik dengan jaringan 4-0.

Dengan ketiadaan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, persiapan pasukan dilihat sedikit terganggu namun begitu penolong jurulatih, Mohd Nik yang ditugaskan sebagai pengendali semesntara dilihat mampu menggalas tugas untuk melakukan persiapan selengkapnya bagi aksi Jumaat ini. Kem pasukan Terengganu FC sedikit lega kerana beberapa pemain Terengganu FC yang baru pulih dari kecederaan seperti Malik Ariff, Khairu Izuan dan juga Amirzafran sudah kembali bersama pasukan.

Shahrin Sapien yang mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang PKNS FC dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Kedah FA dilihat berkemungkinan dapat diturunkan pada aksi Jumaat ini namun ianya bergantung pada kondisi kecergasan pemain ini dalam sesi  persiapan pasukan sebelum Jumaat ini.

Comments (1)

  1. Wow, wonderful weblog layout! How lengthy
    have you ever been running a blog for? you made running a
    blog look easy. The whole glance of your web site
    is great, as neatly as the content material! You can see similar here najlepszy sklep

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor