STATUS INTERNATIONAL TRANSFER CERTIFICATE (ITC) LUIS GUSTAVO FRANCISCO CAMILO DAN PENJELASAN

STATUS INTERNATIONAL TRANSFER CERTIFICATE (ITC) LUIS GUSTAVO FRANCISCO CAMILO DAN PENJELASAN

FIFA akhirnya memberi maklum balas menolak permohonanperpindahan yang dilakukan apabila tidak membenarkan ITC dikeluarkan kepada pemain Luis Gustavo untuk beraksi di LigaMalaysia. Pihak TFC menerima jawapan daripada pihak FAM setelah FIFA memberikan maklumbalas.

Dalam kenyataan lepas sememangnya selepas dua (2) perlawanan Liga Super TFC masih belum menerima jawapansama ada dibenarkan ITC atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, untuk mengimbangi pasukan, TFC telah mengunakan kelebihan sistem Feeder Team dengan mendaftarkan Dechi Marcel di posisi“Midfield Defensive” dan ianya tampak berkesan apabila berjayamengutip 1 mata. Walaubagaimanapun, ketika bertemu Perak FA Dechi Marcel dilayangkan kad merah.

Kronologi ringkas, sebelum tarikh pendaftaran kedua ditutup pada29 Mei 2019, pihak TFC telah membuat keputusan untukmenggantikan dua (2) orang pemain iaitu Chanthatheary Bin danIgor Zonjic dan ianya telah dipersetujui oleh MesyuaratJawatankuasa Pengurusan Pasukan Negeri yang bersidang pada28 Mei 2019 iaitu 1 hari sebelum tarikh pendaftaran ditutup. Keputusan menukar pemain setelah Mohd Nafuzi Zain diberitanggungjawab sebagai “Caretaker” pada 15 Mei 2019 lalu bagimenggalas  tanggungjawab sementara setelah Haji Irfan BaktiAbu Salim meletakan jawatan pada 14 Mei 2019 berkuatkuasaserta merta.

Walaubagaimanapun, penggantian Chanthatheary Bin terpaksadikekalkan semula apabila pemain yang ingin diambil tidakberjaya diuruskan perpindahannya secara pinjaman iaitu SunsernLimwatthana pemain muda dari Trak FC Thailand League. Ianyakerana disaat akhir Presiden kelab tersebut tidak bersetujudengan yuran perpindahan yang dinyatakan sebelum ini danmenaikkan harga yuran perpindahan yang membebankan TFC setelah semua dokumen telah dipersiapkan.

Penggantian Igor Zonjic pula berpunca dari prestasi kurangkonsisten yang dipamerkannya musim ini. Menyedari tempohmasa pendaftaran hanya 1 hari lagi, pihak TFC telah berusahakeras menyiapkan segala dokumen perpindahan Luis Gustavo seperti perjanjian pinjaman, kontrak pemain, urusanpengangkutan dan lain-lain bagi membolehkan pemain tersebutdidaftarkan.

Dokumen yang diperlukan akhirnya disempurnakan pada sebelahpetang 29 Mei 2019 iaitu hari terakhir pendaftaran. Proses permohonan ITC terus dilakukan melalui sistem FIFA TMS dandalam masa yang sama juga pendaftaran ke Malaysia Football League (MFL) melalui Mypass telah dilakukan dan hanya buktiproses permohonan ITC dimuatnaik sementara ITC diperolehi.Kelab Feroviaria FC juga bertungkus lumus menguruskan segaladokumen yang diperlukan walaupun mereka masih di dalampersiapan mengharungi perlawanan Liga Brazil Divisyen D bertemu Maringa FC pada 26 Mei 2019 dan Luis Gustavo masihdi dalam perancangan disenaraikan.

Untuk makluman, permohonan ITC adalah melalui Transfer Macthing System (TMS) dan ianya sistem yang digunakan di seluruh dunia dalam melakukan perpindahan pemain antaraNegara. Ianya dipantau dan disemak oleh FAM bagi perpindahanyang dibuat oleh kelab di dalam Liga Malaysia sebelum diluluskanoleh FIFA. Pihak TFC dan Feroviaria FC telah berjayamelengkapkan permohonan “Release & Enggagepemain secarapinjaman beberapa minit sebelum sistem ditutup. Proses antarakedua-dua kelab sempurna,

walaubagaimanapun Pengurus TMS FAM tidak sempat untuk membuat permohonan setelah 30 saatsistem ditutup akibat kesuntukan masa. Oleh yang demikian, permohonan secara manual dilakukan dan diajukan oleh FAM mewakili TFC kepada Jawatankuasa Perpindahan dan Status Pemain FIFA.

Dukacitanya dimaklumkan setelah permohonan rayuan dilakukanoleh FAM pihak FIFA tidak membenarkan ITC dikeluarkandisebabkan kedua-dua kelab tidak memasukan salah satu item diperlukan di dalam TMS dan membuat permohonan diluartempoh waktu diberikan. Walaupun kedua-dua kelab telahMacthingdan bersetuju berdasarkan terma syarat perpindahan, namun keputusannya adalah ditangan FIFA sebagai badan indukmengawal aktiviti Bolasepak dunia. Keputusan pada 7 Jun 2019 diterima melalui FAM dan dipanjangkan kepada TFC beberapahari selepas itu.

Setelah pihak TFC mendapat mendapat jawapan, dinasihatkanoleh FAM untuk membuat rayuan ke-2 secara lebih terperincikerana diteliti ada ruang dan peluang kemungkinan untukdiluluskan. Dalam soal ini pihak FAM banyak memberi bantuandalam urusan perpindahan pemain asing. Hampir dua minggumenunggu keputusan akhirnya beberapa hari lepas jawapan FIFA tetap menolak permohonan rayuan ke-2.

Walaubagaimanapun, TFC telah mengambil langkah drastiksebelum ini dengan menggunakan kelebihan sistem Feeder Team apabila bertemu Melaka United dan Perak FA tempoh hari. DechiMarcel diposisi “Midfield” menjadi pilihan Mohd Nafuzi Zain keranamelihatkan barisan pertahanannya cukup ampuh ketika bertemuFelda United seri 1-1 dan Selangor FA menang 1-0. TFC padamasa itu juga boleh memilih untuk menggunakan Serhii Andrieievdi posisi pertahanan. Pasukan TFC tetap akan dipersiapkandengan barisan terkuat ketika turun bertemu dengan mana-manapasukan di saingan Liga Super.

Setelah kata putus FIFA diperolehi beberapa hari lepas, TFC di bawah bimbingan Mohd Nafuzi Zain serta pihak pengurusan telahberbincang mengambil pendekatan terbaik memantapkanpasukan dengan menggunakan kelebihan Feeder Team. Antaraperancangannya mendaftarkan Dechi Marcel ataupun SerhiAndrieiev di mana-mana posisi diperlukan dalam memperkuatkanpasukan serta mencukupkan kouta pemain asing iaitu 3 + 1 + 1. Oleh yang demikian, TFC akan tetap bermain 5 orang pemainasing.

Bertemu Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019, TFC terpaksa bermaindengan 4 orang pemain asing disebabkan Dechi Marcel telahmenerima kad merah dan digantung automatik 1 perlawanan. Soalnya tidak timbul kerugian kepada pasukan TFC kerana ianyaperaturan telah ditetapkan.

TFC juga turut membuat permohonan khas kepada Malaysia Football League (MFL) beberapa hari selepas keputusan FIFA agar MFL mempertimbangkan pendaftaran khas kepada TFC untuk membolehkan pemain yang telah mempunyai ITC di Malaysia didaftarkan. Permohonan ini dibuat oleh kerana FIFA telah membuat keputusan dan dilihat adalah wajar permohonan inidipertimbangkan walaupun jendela perpindahan telah ditutuppada 29 Mei 2019 yang lalu. Ianya merupakan kes terpencil dansemua pihak sememangnya tidak inginkan perkara ini berlaku. Jika diluluskan TFC melalui Mohd Nafuzi Zain telah mempunyaicalon yang bersesuaian mengalas tanggungjawab itu.

Walaubagaimanapun, kita tidak seharusnya menyalahkan FIFA atau FAM. Kerana kedua-duanya mempunyai cara danperaturannya tersendiri terutamanya FIFA. FAM sememangnyabertungkus lumus membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini juga FAM telah banyak membantu TFC sejak 2011 ketika khidmat pemain asing dibenarkan di Liga Malaysia tanpasebarang masalah bagi berpuluh-puluh pemain asing dalamperpindahan pemain antara Negara.

Pihak TFC memohon maaf kepada semua penyokong

dan pihakterlibat di atas kerumitan ini. Pastinya masalah ini tidakmelemahkan semangat TFC dalam mengharungi baki sainganLiga Super dan Piala Malaysia serta mencapai sasaran yang diinginkan.

SETIAUSAHA AGUNG

PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI TERENGGANU (PBSNT)

BERTARIKH : 25 JUN 2019

Comments (1)

  1. You really make it seem really easy with your presentation however I to find this topic to be really one thing that I feel I would never understand.
    It sort of feels too complex and very broad for me.
    I am looking ahead to your next submit, I’ll try to get the hang of
    it!

Leave a Reply