TERENGGANU FC IV MENGEKALKAN REKOD TANPA KALAH DALAM SAINGAN PIALA BELIA 2018

Pasukan Terengganu FC IV (TFC IV) semalam sekali lagi mencatatkan rekod positif dalam aksi Piala Belia dengan mengalahkan pasukan Pahang FA (U-19) dengan jaringan 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Kemenangan semalam menyaksikan pasukan TFC IV kekal mendahului carta liga Kumpulan A saingan Piala Belia 2018 dengan mengumpul 22 mata iaitu 4 mata mengatasi pencabar tempat kedua Sabah FA. Untuk rekod, pasukan TFC IV telah memenangi 6 perlawanan,  seri 4 kali dalam 10 perlawanan terakhir dengan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan.

Penolong jurulatih TFC IV, Abdul Jalal Wahid menyatakan kejayaan pasukan ini memenangi perlawanan menentang Pahang FA semalam antaranya adalah pemain-pemain dilihat begitu komited dalam mengikut segala arahan dan taktikal yang diterapkan oleh Ketua Jurulatih, Subri Sulong terutamanya dalam bertahan dan juga merencana serangan dari bahagian tengah dan tepi. Komunikasi antara kesemua pemain juga ditegaskan oleh ketua jurulatih menampakkan kesefahaman antara kesemua pemain bertambah baik bagi separuh masa kedua lantas berjaya menambah bilangan jaringan untuk mencatatkan satu kemangan besar.

Pasukan TFC IV mendahului pada minit ke-19 melalui jaringan Syafiq Ismail dan dua lagi jaringan dihasilkan oleh Hisyam Ismail pada minit ke-61 seterusnya  Tuan Muqris mengukuhkan kedudukan TFC IV dengan menambah jaringan pada minit ke-78. Kejayaan pasukan TFC IV ini diharapkan dapat diteruskan dan diharapkan kesemua pemain kekal positif dan mengekalkan momentum kemenangan ini bagi perlawanan berikutnya.

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot