LEE JUNHYEOB TELAH LULUS DALAM PENDAFTARAN PASUKAN & DAPAT DITURUNKAN PADA ‘EAST COAST DERBY’ PADA MALAM INI

Pemain kelahiran Korea Selatan, Lee Jun-Hyeob yang dibawa masuk menyertai pasukan Terengganu FC pada saat akhir perpindahan pemain bagi menggantikan rakan senegaranya, Kim yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan pagi ini telah diluluskan dalam sistem pendaftaran pemain (FAM Mypas) dan boleh diturunkan bagi aksi menentang Kelantan FA dalam aksi perlawanan dua pasukan berjiran ini.

Khidmat Lee amatlah diperlukan pada ketika ini dalam membantu TFC untuk merencana bahagian serangan yang lebih baik. Lee dilihat tidak sabar untuk diturunkan bersama skuad Terengganu FC sebelum ini dan beliau berazam untuk buat yang terbaik bagi membantu TFC mengejar kejuaran. Lee bakal menyarung jersi bernombor 9 dan dijangka akan menjadi watak penting dalam skuad TFC musim ini.

Memetik dari kata-kata beliau di laman instagramnya beliau, “promise that i will do my absolute best to repay the confidence you have shown in me.”

Diharapkan Lee dapat membantu Terengganu FC dalam misi untuk memburu kejuaraan musim ini.

Comments (1)

  1. Good info and right to the point. I am not sure if this is in fact the best place to
    ask but do you guys have any thoughts on where to employ some professional writers?
    Thanks in advance 🙂

Leave a Reply