Terengganu FC vs Perak FA

Terengganu FC vs PerakRecap Bagi aksi Unifi Liga Super 2018

2

Terengganu FC

Menang

Perak

Kalah

May 22, 2018 | 10:00 am
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
vs

Recap

Bagi aksi Unifi Liga Super 2018 pada malam ini, Terengganu FC berjaya menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan menumpaskan pasukan Perak FA dengan jaringan 2-0. Kemenangan pasukan Terengganu FC ini seiring dengan misi pasukan ini untuk kembali bangkit menunjukkan prestasi terbaik sapabila beraksi di gelanggang sendiri sekaligus berjaya menumpaskan pasukan yang berada di tempat kedua liga itu.

Pasukan Terengganu FC yang sebelum ini telah terlepas khidmat beberapa pemain utama pasukan dilihat kembali mendapat rentak apabila ramai dikalangan mereka kini telah sembuh dan kembali beraksi bersama pasukan.

Pasukan Terengganu FC pada malam ini turun dengan meletakkan penyerang utama, Kipre Tchetche untuk mengetuai bahagian serangan pasukan Terengganu FC dan hasilnya pada minit ke 25′ Terengganu dihadiakan sepakan penalti apabila Partiban dijatungkan didalam kotak penalti oleh pertahanan lawan. Kipre dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan Terengganu dihadapan pada minit ke 26′.

Pasukan Terengganu FC mempunyai deretan peluang selepas itu melalui beberapa gerakan Bruno Suzuki, Faiz Nasir dan juga Lee Tuck namun mereka buntu untuk menyudahkan peluang yang ada. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan Terengganu FC mendahului Perak FA dengan jaringan 1-0.

Bermula separuh masa kedua perlawanan, Terengganu FC tidak menunggu lama apabila Kipre menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-51 menjadikan Terengganu FC selesa dihadapan. Kemasukan pemain kesayangan penyokong, Abdul Malik mendapat tepukan gemuruh dari penyokong apabila beliau kembali masuk untuk beraksi setelah sekian lama terpaksa berehat akibat kecederaan. Malik masuk menggantikan Faiz Nasir yang juga beraksi cemerlang pada malam ini. Malik tidak menunggu lama untuk mengucar-ngacirkan pertahanan lawan melalui gerakan pantasnya dan beliau hampir menyumbang dua assist buat pasukan namun tidak berjaya disudahkan dengan baik oleh penyerang Terengganu FC.

Selepas wisel penamat ditiup, Terengganu FC sah berjaya kembali menuntut kemenangan setelah tumbang di Ipoh tempoh hari. 3 mata yang diperolehi pada malam ini dijangka mampu menyuntik semangat pemain-pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang dalam perlawanan menentang Melaka selepas ini.

Details

Tarikh Masa Liga Musim
May 22, 2018 10:00 am Liga Super 2018

Stadium

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Results

Pasukan1st Half2nd HalfGoals
Terengganu FC122
Perak000