D SAARVINDRAN KINI BERSAMA TERENGGANU FC 2020

Bekas pemain JDT II musim lepas, D Saarvindran telah selesai menandatangani kontrak untuk bersama pasukan Terengganu Football Club (TFC) bagi saingan Liga Malaysia musim 2020. Bekas pemain Pahang dan  Harimau Muda ini antara calon terbaik yang dibawa masuk oleh pengendali TFC, Nafuzi Zain bagi memperkuatkan bahagian sayap pasukan TFC.

D Saarvindran sememangnya tidak sabar untuk kembali beraksi di liga utama Malaysia dan ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh Nafuzi Zain disamping ingin menjadi watak penting dalam membantu pasukan TFC menghadapi saingan Liga Malaysia yang dijangka makin mencabar pada musim hadapan. Sebelum ini D Saarvindran telah hadir dalam latihan bersama skuad TFC untuk dinilai tahap kecergasan serta prestasi beliau dan Nafuzi Zain ternyata berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh pemain ini.

Nafuzi Zain menyatakan beliau berharap kehadiran Saarvindran bukan sahaja diharapkan dapat membantu pasukan, namun beliau mengharapkan pemain ini dapat kembali dengan prestasi terbaik beliau apabila bersama pasukan ini kerana pemain ini antara prospek utama pasukan negara sebelum ini.

 

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak D Saarvindran

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak D Saarvindran

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak D Saarvindran

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak D Saarvindran

Comments (1)

  1. Wow, awesome blog format! How long have you been running a blog for?
    you made blogging look easy. The entire look of your website is excellent,
    let alone the content! You can see similar here sklep online

Leave a Reply