GAMBAR TERKINI PROSES BAIK PULIH PADANG STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Proses penukaran dan baikpulih padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin  dilihat berjalan dengan sangat baik dimana segala proses pembaikian berjalan lancar mengikut plan masa yang telah ditetapkan. Seperti yang sudah kita sediamaklum, projek baikpulih padang di stadium ini telah ditaja oleh Malaysia Football League (MFL) dalam usaha pihak MFL membantu pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Malaysia untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan bagi membaiki dan menaiktaraf venue perlawanan masing-masing.

Projek perintis pertama MFL ini merupakan satu jalinan kerjasama selama ini serta komitmen Terengganu FC untuk menjadi sebuah Kelab Bolasepak professional di dalam Liga Malaysia. Dimaklumkan juga, MFL bakal bergerak dengan projek membantu menaiktaraf pusat latihan yang bersesuaian untuk Terengganu FC dimasa akan datang.

Kerja-kerja awal telah dijalankan pada 09 April 2019 oleh kontraktor yang dilantik. Ianya akan mengambil masa 5-6 bulan. Jenis rumput yang dipilih iaitu Bermuda Princess 77. Dijangka ianya sedia digunakan pada Oktober 2019.

Gambar semasa proses awal baikpulih sehingga rumput mula tumbuh – Gambar RS Group

Mengikut laporan yang telah diberikan oleh syarikat yang telah menjalankan projek baik pulih ini, mereka menyatakan kesemua kerja-kerja baik pulih padang stadium ini berjalan baik termasuk memastikan sistem saliran air berada dalam keadaan baik dan semestinya proses penanam benih rumput baru yang akan memberikan nafas baru bagi permukaan padang ini.

Berikut adalah merupakan gambar terbaru yang telah dirakam pada 2 Julai 2019 memperlihatkan rumput sudah mula memenuhi ruangan padang ;-

Keadaan padang SSMSZA pada 2 Julai 2019

Keadaan padang SSMSZA pada 2 Julai 2019

Keadaan padang SSMSZA pada 2 Julai 2019

Keadaan padang SSMSZA pada 2 Julai 2019

Terengganu FC serta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor) selaku Pengerusi MFL yang memberikan nafas baru kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk kembali digunakan bagi perlawanan tertinggi Liga Malaysia.

Jika projek penukaran padang pada tahun ini berjaya, Stadium Sultan Mizan akan menjadi venue pasukan utama (TFC) mulai musim 2020.

Comments (1)

  1. Wow, superb blog structure! How long have you been running a blog for?
    you made blogging glance easy. The overall look of your
    web site is magnificent, as well as the content! You can see similar here sklep internetowy

Leave a Reply