JARINGAN SANJAR BERJAYA MEMBANTU TFC MENCURI 1 MATA DI TEMPAT LAWAN

Pasukan Terengganu FC berjaya mendapatkan 1 mata berharga walaupun 2 kali ketinggalan kepada pasaukan tuan rumah PKNP FC dalam saingan Liga Super pada malam ini. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak ini adalah merupakan perlawanan ke-12 bagi saingan ini dan merupakan perlawanan pertama bagi pusingan kedua Liga Super.

Pasukan tuan rumah, PKNP FC dilihat bermula garang sejak dan berjaya menghasilkan gol pada minit ke 21′ melalui jaringan pertahanan import mereka,¬†Aguinaldo yang berjaya menumpaskan Suffian melalui tandukannya yang menerima hantaran hasil sepakan percuma. Walaubagaimanapun skuad Terengganu FC bangkit mengatur perlawanan dan hasilnya Kipre Tchetche berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma cantik dari luar kotak penalti. Namun begitu, beberapa minit berselang, PKNP FC kembali dihadapan melalui jaringan Thomas Abe. Masuk babak kedua, rentak pasukan Terengganu FC mula berubah dan berjaya menguasai perlawanan dan pemain kebangsaan Uzbeikistan, Sanjar Shaakhmedov berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan jarak jauh yang berjaya memerangkap penjaga gol lawan.

Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata dimana Terengganu FC berjaya mencuri sekurang-kurangnya 1 mata ditempat lawan. Dalam sesi temubual, ketua jurulatih Terengganu,Haji Irfan Bakti menyatakan beliau berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain-pemainnya walaupun beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

Irfan menambah beliau juga perlu memberikan fokus bagi perlawanan menentang Pahang bagi saingan suku akhir kedua Shopee Piala FA di darul Makmur 10 Mei ini dan dengan baki rehat yang pasukan ini memerlukan kesemua pemain cukup cergas untuk beraksi.

Leave a Reply